Wednesday, 6 August 2014
Sunday, 10 November 2013
Sukan tahunan 2013 menjelma lagi, Dua pasukan mempertaruhkan kekuatan masing-masing iaitu dari kumpulan merah yang biru sepertimana tahun lepas kumpulan merah berjaya merangkul pemenang keseluruhan tetapi berbanding pada tahun ini majorotinya kumpulan biru menjuarai setiap sukan dan kategori yang dipertandingan. Ini membuktikan kesungguhan mereka pada tahun ini berbaloi apabila berjaya mengalahkan pasukan merah. Mengikut temuramah ketua pasukan biru iaitu Tan Yu Jie mereka telah berlatih bersungguh-sungguh pada tahun ini untuk mengalahkan kumpulan merah kerana kumpulan merah memang kuat, mereka kebanyakan terdiri daripada atlet yang mewakili skolah dalam acara olahraga. Walaubagaimanapun kami usaha sedaya upaya dan hasilnya kami berjaya mendapat johan keseluruhan. Saya berasa sangat gembira. Hadiah setiap pemenang disampaikan oleh yang berbahagia Guru Besar SJK C Pei Hwa Puan Liew Choon Chok.
Suka duka Sambutan Hari Kemerdekaan di SJK C PEI HWA masih dalam ingatan. Suka duka pahit jerih bersama guru-guru menjayakan majlis tersebut supaya nampak meriah walaupun sekolah kami kecil sahaja. Diantara serba sedikit aktivit yang dijalankan sempena hari kemerdekaan tersebut:
1) Mural kain rentang dan tanda tangan semua pelajar dan guru sebagai bukti kami meraikan sambutan kemerdekaan.
2) Aktiviti mereka cipta topi dari bahan yang sedia ada.
3) Persembahan dari murid
4) Ucapan kemerdekaan dari Guru Besar.
1) Mural kain rentang dan tanda tangan semua pelajar dan guru sebagai bukti kami meraikan sambutan kemerdekaan.
2) Aktiviti mereka cipta topi dari bahan yang sedia ada.
3) Persembahan dari murid
4) Ucapan kemerdekaan dari Guru Besar.
Thursday, 26 September 2013
English in camp 2012
Ingin kami dari SJKC PEI HWA berkongsi sedikit aktiviti semasa berada di SJK C Pei Chiao. Program English in camp 2012 memberi perkongsian yang baik untuk kami meningkatkan tahap pembelajaran dalam bahasa inggeris. Terdiri dari pelbagai sekolah yang menyertai kem ini bagi memupuk semangat cintakan bahasa inggeris dan meningkatkan tahap pembelajaran bahasa inggeris. Penerimaan pelajar juga sangat baik dan pelajar dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
![]() |
Sunday, 2 September 2012
:::SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 SJK ( C ) PEI HWA:::
Bendera berkibar dirumah pak Agos
Di halaman SJKC Pei Hwa pasang pelita
Menjelang tiba 31 Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita
Murid cemerlang guru pun suka
Melahirkan insan yang cerdik pandai
Lima puluh lima tahun kita merdeka
rakyat hidup aman damai
Sekolah kami menyambut merdeka
jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
Beratus tahun kita dijajah
Kaum melayu, cina dan india
Di satu sekolah bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Rakyat terbilang negara maju
Pergi ke sekolah berhati-hati
Rajin belajar amalan mulia
Kita isi kemerdekaan ini
Membina peradaban negara tercinta
Sekolah kami sekolah keramat
Setiap tahun menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita
Mari pertahankan kemerdekaan kita
Thursday, 2 August 2012
:::SUKAN TAHUNAN 2012:::
Baru-baru ini SJK ( C ) Pei Hwa telah mengadakan Hari Sukan Tahunan yang berlangsung pada 31 Julai 2012. Tujuan diadakan untuk mencari dan memilih bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah ke peringkat zon kukup. Komitmen yang ditujukan kepada semua murid terhadap hari sukan tahun ini sangat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa minat yang mendalam terhadap sukan. Ia merupakan perkembangan yang baik. Aktiviti sukan juga dapat dipupuk kepada murid-murid supaya mental dan fizikal mereka cergas pada usia mereka. Sekolah juga menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti luar sekolah supaya minda mereka terancang dan dapat belajar dengan baik.
LOMPAT TINGGI
LONTAR PELURU
Subscribe to:
Posts (Atom)