CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 2 September 2012

:::SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 SJK ( C ) PEI HWA:::



Bendera berkibar dirumah pak Agos
Di halaman SJKC Pei Hwa pasang pelita
Menjelang tiba 31 Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita

Murid cemerlang guru pun suka
Melahirkan insan yang cerdik pandai
Lima puluh lima tahun kita merdeka
rakyat hidup aman damai



Sekolah kami menyambut merdeka
jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
Beratus tahun kita dijajah

Kaum melayu, cina dan india
Di satu sekolah bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Rakyat terbilang negara maju




Pergi ke sekolah berhati-hati
Rajin belajar amalan mulia
Kita isi kemerdekaan ini
Membina peradaban negara tercinta

Sekolah kami sekolah keramat
Setiap tahun menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita



Thursday, 2 August 2012

:::SUKAN TAHUNAN 2012:::


       Baru-baru ini SJK ( C ) Pei Hwa telah mengadakan Hari Sukan Tahunan yang berlangsung pada 31 Julai 2012. Tujuan diadakan untuk mencari dan memilih bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah ke peringkat zon kukup. Komitmen yang ditujukan kepada semua murid terhadap hari sukan tahun ini sangat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa minat yang mendalam terhadap sukan. Ia merupakan perkembangan yang baik. Aktiviti sukan juga dapat dipupuk kepada murid-murid supaya mental dan fizikal mereka cergas pada usia mereka. Sekolah juga menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti luar sekolah supaya minda mereka terancang dan dapat belajar dengan baik.   


LOMPAT TINGGI

LONTAR PELURU


Thursday, 21 June 2012

::HARI KANTIN SEKOLAH 2012::

SJK ( C ) Pei Hwa telah mengadakan hari Kantin pada 25 Mei 2012 di dewan besar SJK ( C ) Pei Hwa. Tujuan hari kantin sekolah diadakan adalah untuk mengutip derma sekolah bagi membantu dana sekolah. Selain itu tujuan hari kantin ini dilaksanakan juga untuk memberikan para pelajar pengalaman untuk berurusan dalam perniagaan dan dapat membimbing pelajar supaya lebih berusaha dalam berurusan dalam bidang usahawan. sambutan pada hari Kantin pada kali ini sangat menggalakakan dari pelbagai pihak. terima kasih di ucapkan.


 



Beberapa kedai yang dibuka sepanjang hari kantin


Gerai buah menjadi tumpuan ramai


 
                                          Guru, pelajar dan PIBG sekolah berganding bahu 
   

Minat yang mendalam dalam keusahawanan


                 Murid berurusan dalam jual beli



Pelanggan yang comel


                                                            Menjual minuman yang enak


Permainan menangkap ikan emas menjadi perhatian


      Orang ramai yang hadir pada Hari Kantin 2012

SJK ( C ) Pei Hwa Telok Kerang telah menggondol tempat kedua bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu bagi kategori lelaki peringkat Daerah Pontian yang berlangsung di SJK ( C ) Pei Chun Pontian baru-baru ini. Peserta yang bernama Goh Jun Yi berjaya mengetipan pencabar hampir 20 buah sekolah di sekitar daerah pontian. Walaubagaimanapun bagi peserta perempuan hanya mendapat saguhati tempat ke 4 hingga 8 terbaik. Ini merupakan pencapaian terbaik sekolah dalam pertandingan peringkat daerah pontian.

Sunday, 6 May 2012

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Tarikh   : 7 hingga 9 Mei 2012

    Hari      :  Isnin hingga rabu


Jadual waktu

Sunday, 29 April 2012

IKRAR UPSR 2012

Ikrar pelajar

Ikrar penjaga

Ikrar Guru-guru



Sesi Perjanjian Ibu bapa


Sesi perjanjian dari Guru-guru
    


Sesi Interaksi ibu bapa dan pihak sekolah

Wednesday, 18 April 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING ZON KUKUP 2012

PERTANDINGAN BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP TAHUN 2012

Tarikh        :         23 Februari 2012
Tempat      :         SJKC Pei Hwa, Teluk Kerang, Pontian

Sesi Latihan dan 'Friendly'









Hari Pertandingan...












Sukan Tahunan antara SJK ( C ) Pei Hwa dan SJK ( C ) Siew Woon Pontian