Bendera berkibar dirumah pak Agos
Di halaman SJKC Pei Hwa pasang pelita
Menjelang tiba 31 Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita
Murid cemerlang guru pun suka
Melahirkan insan yang cerdik pandai
Lima puluh lima tahun kita merdeka
rakyat hidup aman damai
Sekolah kami menyambut merdeka
jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
Beratus tahun kita dijajah
Kaum melayu, cina dan india
Di satu sekolah bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Rakyat terbilang negara maju
Pergi ke sekolah berhati-hati
Rajin belajar amalan mulia
Kita isi kemerdekaan ini
Membina peradaban negara tercinta
Sekolah kami sekolah keramat
Setiap tahun menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita
Mari pertahankan kemerdekaan kita